PDRM Runding Dengan Thailand Untuk Akses Ke Perkuburan, Kem Tinggal

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 4:28 PM

Mayat dan cebisan tubuh termasuk gigi antara ditemui dalam kubur besar di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang berunding dengan pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan kebenaran menggunakan jalan darat negara itu dari Satun untuk ke tapak perkuburan dan kem tinggal yang ditemui di Bukit Wang Burma, Perlis bersempadan dengan Thailand.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ini berikutan keadaan muka bumi di sebelah Malaysia yang menyukarkan pergerakan ke kawasan itu yang jaraknya hanya kira-kira 400 meter dari wilayah Satun di selatan Thailand.

"Keadaan muka bumi di tempat itu sukar untuk kami akses ke lokasi, dan semalam seorang anggota forensik cedera kerana terjatuh dari tebing.

"Jadi kami sedang berunding dengan Thailand untuk gunakan laluan di negara itu untuk ke lokasi menggunakan kenderaan dan mengeluarkan apa juga yang kami temui di situ melalui jalan raya," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media ketika menyertai program lawatan ke hospital sempena Peringatan Hari Polis ke-208 di sini, Rabu.

Khalid (dua kanan) beramah mesra dengan pesakit Wan Mohamad Aqli Wan Mohamad Yussuf, 19, ketika mengadakan lawatan amal Polis DiRaja Malaysia sempena sambutan Hari Polis Ke-208 di Pusat Perubatan Universiti Malaysa (PPUM) hari ini. Turut hadir Timbalannya Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim (kiri).

Khalid menegaskan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan dan bertindak terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes itu termasuk anggota keselamatan sendiri sekiranya terdapat bukti mereka terlibat.

"Saya tidak menolak pembabitan pasukan keselamatan. Dalam tahun ini 37 orang telah ditahan bagi kesalahan pemerdagangan orang dan antaranya ada yang ditahan berkaitan penemuan kubur dan kem transit ini, dan kita tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan berhubung kejadian ini," katanya.

Menurut Khalid, polis setakat ini mengklasifikasikan kematian yang dikesan  sebagai kematian mengejut sehingga bukti diperoleh untuk membuat klasifikasi lain.

Katanya, dua mayat yang ditemui di tapak berkenaan setakat ini akan dibedah siasat dan sekiranya terdapat kaum keluarga yang tampil untuk menuntutnya, ujian DNA akan dilakukan bagi tujuan pengesahan.

Di GEORGE TOWN, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata pasukan forensik dijangka menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti identiti mayat kerana tiada sebarang maklumat sokongan.

"Dalam kes ini kita tiada apa-apa (data)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Klinikal Kebangsaan ke-9.

Beliau berkata kementerian sedia menambah petugas forensik di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi membantu proses bedah siasat mayat yang dihantar ke hospital itu.-- Bernama



iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan