Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Sertai G25

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 10:43 AM

Datuk Syed Ahmad Idid

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang bekas hakim, beberapa bekas pegawai kanan awam dan pendidik telah menyertai barisan dalam kumpulan 25 Melayu Terkemuka (G25).

"Kumpulan baharu 25 Melayu Terkemuka telah merekrut, termasuklah bekas hakim Mahkamah Tinggi Datuk Syed Ahmad Idid yang kini bilangannya meningkat kepada 53 ahli," kata jurucakap G25 Datuk Noor Farida Ariffin.

Mereka yang lain yang menyertai kumpulan ini adalah bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Dr Asiah Abu Samah, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mazlan Ahmad dan bekas Penasihat Perhubungan Awam Kepada Gabenor Bank Negara Zailah Tun Ismail.

Kumpulan itu turut disertai oleh bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Kamarulzaman Ampon, bekas dekan perubatan UiTM dan Naib Canselor UCSI Profesor Khalid Yusoff dan Profesor Madya UIAM Dr Normala Obid, Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Setiausaha Kehormat Page Tunku Munawirah Putra, perunding budaya Universiti Putra Malaysia Dr Asma Abdullah dan pengasas Sekolah Sri Garden Ahmad Hassan.

G25, kebanyakannya terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, duta-duta, ahli akademik dan aktivis hak sivil, telah memanggil supaya satu dialog rasional tentang kedudukan Islam di Malaysia selain menyatakan rasa kesal yang mendalam ke atas pertikaian berterusan ke atas kedudukan dan pemakaian undang-undang Islam di negara ini yang masih tidak dapat diselesaikan.
Tags / Kata Kunci: G25 , Datuk Syed Ahmad Idid

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan