1MDB Terima Surat PAC Dua Minggu Selepas Ia Dihantar

Diterbitkan: Rabu, 27 Mei 2015 9:32 AM

Arul Kanda

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ini adalah kes tentang ke mana perginya surat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) selama dua minggu selepas ia dihantar?

Presiden 1Malaysia Development Bhd Presiden (1MDB) dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy berkata, 1MDB hanya menerima surat yang dihantar oleh PAC meminta beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif  Datuk Shahrol Halmi hadir pada tarikh 21 Mei.


Menurut Datuk Nur Jazlan Mohamed pada sidang media, Isnin, surat itu dihantar kepada Kementerian Kewangan pada 6 Mei, memberi notis 20 hari untuk Arul dan Shahrol hadir bertemu PAC pada 26 Mei.

"Berbeza dengan laporan akhbar baru-baru ini dan kenyataan oleh individu-individu tertentu, kami ingin menjelaskan bahawa 1MDB hanya menerima surat daripada Kementerian Kewangan pada 21 Mei 2015 berhubung jemputan yang dihantar oleh PAC," kata Arul dalam satu kenyataan.

Arul berkata 1MDB telah membalas kepada Kementerian Kewangan pada 21 Mei, hari yang sama syarikat itu menerima panggilan.

Arul berkata tarikh bagi kehadirannya kini sedang dimuktamadkan. Beliau berkata tarikh yang dicadangkan sebelum ini adalah bertindih dengan komitmen luar negara yang dijadualkan sebelum ini.

"Kami sekali lagi mengulangi hasrat kami untuk memberi kerjasama penuh kepada PAC dan Arul Kanda dan Datuk Shahrol Halmi berharap untuk hadir di hadapan jawatankuasa itu dan mempunyai peluang untuk menjelaskan kedudukan 1MDB."

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan