Pemuda Umno Sokong Perakam Video TSM Dikenakan Tindakan

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno bersetuju jika perakam video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah majlis tertutup perti itu minggu lalu dikenakan tindakan tegas.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, merakam dan menyebar ucapan yang mengkritik syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dianggap sebagai mendedahkan rahsia parti kepada umum dan perlu diambil tindakan tegas.

"Ia bukan kesalahan jenayah tetapi perkara itu melanggar tata kerahsiaan parti dan pihak yang melakukan tindakan perkara itu perlu dikenakan tindakan dalaman," ujarnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno, di Menara Dato' Onn, di sini, Selasa.

Khairy turut mengulas bahawa pendapat Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai tidak bercanggah dengan kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana penyebar video berkenaan bukan melakukan kesalahan jenayah.

"Jangan salah tafsir kenyataan Shafie dan Zahid, saya jelaskan di sini Shafie kata ia bukan kesalahan jenayah, manakala Zahid kata tindakan yang akan diambil adalah tindakan dalaman parti," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Umno , Pemuda Umno

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan