Tabung Haji Kekal Jual Tanah TRX

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 3:07 PM

Azeez (kanan) menyerahkan hadiah berupa dua buah Proton Preve kepada johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, Wan Ainuddin Abdullah (dua kanan) dan Siti Husnaa Hassan (dua kiri) di Ibu Pejabat Tabung Haji, Selasa. Turut hadir Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan TH Datuk Johan Abdullah (kiri). TH merupakan penaja utama bagi pertandingan yang berlangsung selama enam hari bermula 20 hingga 25 April 2015 lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji kekal dengan keputusan untuk menjual tanahnya seluas 0.63 hektar di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX).

Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim berkata, transaksi berkenaan sedang dalam proses untuk dimuktamadkan dan akan membolehkan Tabung Haji memperoleh sedikit keuntungan.

"Kita telah buat keputusan jual dan telah ada pembeli," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hadiah kepada johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-58 di sini, Selasa.

Tabung Haji membeli tanah tersebut dengan harga RM188.5 juta.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pembeli tanah berkenaan.

"Kita akan maklumkan dalam masa terdekat ini selepas kita muktamadkan penjualan," katanya.

Pada 9 Mei lalu, Tabung Haji memutuskan untuk menjual tanahnya di TRX atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas pembelian tanah berkenaan dari 1Malaysia Development Bhd menerima reaksi yang pelbagai dari orang ramai sehingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan pendeposit Tabung Haji.

Sementara itu, qari dari Kelantan, Wan Ainuddin Abdullah, 33, dan qariah dari Pahang, Siti Husnaa Hassan, 23, menerima sebuah kereta Proton Preve setiap seorang, dengan nilai keseluruhan hadiah berjumlah hampir RM124,000, selepas muncul juara qari dan qariah tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan.

Tilawah berkenaan yang berakhir pada 25 April lalu diadakan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan tema "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , TRX

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan