Nazir Razak Selar Lembaga 1MDB Di Instagram

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 11:34 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi CIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Nazir Tun Razak sekali lagi membuat kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kali ini menerusi laman sosial Instagram.

Beliau memuat naik gambar muka depan sebuah akhbar harian kewangan dan menyelar tindakan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy serta bekas ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang tidak dapat hadir ke prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Nazir yang meemuat naik gambar itu turut menyertakan komen: "Syarikat anda mencetuskan krisis negara dan anda masih boleh terlalu sibuk untuk berhadapan dengan Parlimen? Tidak boleh diterima."

Arul dan Shahrol sepatutnya dipanggil hadir memberi keterangan mengenai 1MDB kepada PAC pada Selasa.

Dilaporkan kedua-dua mereka tidak dapat hadir bagi memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan atas alasan berada di luar negara.

Sehubungan itu, Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada Isnin memberitahu bahawa prosiding siasatan terhadap 1MDB membabitkan dua pengurusan tertinggi syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu ditangguhkan.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan