Amerika Dan Jepun Tawar Bantu Isu Rohingya - Najib

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 6:21 PM

Najib Tun Razak (kiri) disambut pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Tohoku pada Selasa.


(Ubah saiz teks)

SENDAI: Amerika Syarikat dan Jepun telah menunjukkan kesediaan mereka untuk membantu Malaysia dan ASEAN dalam menyelesaikan isu pelarian Rohingya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan membincangkan lebih lanjut mengenai bentuk bantuan yang diperlukan.

Kepada soalan sama ada Amerika bersedia mengambil masuk etnik Rohingya itu seperti yang dilakukanya terhadap pelarian Vienam dari 1970 an-2001, Najib berkata mereka telah menyatakan akan menimbangkan langkah sedemikian.

"Pelarian Rohingya ialah suatu perkara serius. Walaupun kita memang mahu menanganinya melalui penyelesaian ASEAN, keupayaan kita terhad dan kita memerlukan bantuan antarabangsa," katanya selepas mengadakan dialog dengan para pelajar di Tohoku University di sini.

Bot pertama dari Vietnam mendarat di pantai timur Malaysia pada Mei 1975, dan lebih daripada 255,000 orang diberikan perlindungan sementara di Malaysia, sebelum kebanyakan mereka ditempatkan di negara-negara barat dan kem terakhir ditutup pada 2001.

Buat masa ini Kedah menghadapi kebanjiran pendatang tanpa izin Rohingya dan warga Bangladesh apabila 1,158 orang daripada mereka mendarat di Langkawi pada11 Mei lepas.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Rohingya

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan