1MDB: Pelaburan KWSP Berisiko Kecil

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dalam 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah berisiko rendah.

Katanya, 1MDB telah membeli RM200 juta bon dari 1MDB pada  2009 dan melabur RM1.52 bilion dalam dua aset kuasa lain yang akhirnya diambil alih 1MDB.

"Bon 1MDB dilanggan pada 2009 bernilai RM200 juta. Ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Kemudian, pada 2003, lama dahulu, KWSP melabur dalam Panglima Power Sdn Bhd, sebuah IPP (Pengeluar Tenaga Bebas)," katanya menjawab pertanyaan Nasrudin Hasan (PAS-Temerloh) mengenai pelaburan KWSP.

Tambahnya lagi, pada 2005, KWSP melabur dalam Jimah Energy Ventures Sdn Bhd dengan pelaburan berjumlah RM1.52 bilion dan seterusnya pada 2012, 1MDB mengambil alih Panglima Power Sdb Bhd.

"Tahun lalu, 1MDB telah mengambil alih Jimah Energy Ventures dan pelaburan ini mempunyai risiko yang kecil," katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pegangan bon dalam 1MDB dan anak syarikatnya selamat dan tidak berisiko kerana dijamin kerajaan.

Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Maslan berkata, KWSP sentiasa mengikut garis panduan dan etika serta tidak  membuat pelaburan dalam sektor yang dikategorikan tidak beretika, seperti saham sektor perjudian dan arak, sektor pembuatan senjata serta pelaburan di negara yang tiada hubungan diplomasi seperti Israel.

"Sehingga Disember 2014, lebih RM250  bilion nilai aset  KWSP dibawah pelaburan syariah," katanya.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Ahmad Maslan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai maksud risiko kecil dalam pelaburan 1MDB.


Tags / Kata Kunci: 1MDB , KWSP , Ahmad Maslan

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan