Kongsi Gelap Kuasai Kawalan Keselamatan Terkawal - KDN

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 12:24 PM

Penduduk bimbang dengan situasi di mana tingkah laku pengawal keselamatan di kawasan perumahan mereka umpama samseng.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa penglibatan kumpulan kongsi gelap dalam industri kawalan keselamatan masih ditahap rendah dan terkawal.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seramai 19 suspek kegiatan tersebut di sekitar Selangor juga telah ditahan.

"Tujuh daripadanya didakwa atas tuduhan membunuh, manakala 12 lagi ditangkap dibawah Akta Pencegahan Jenayah (PoCA)," katanya.

Beliau menjawab soalan pertanyaan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad yang meminta KDN menyatakan sejauh mana seriusnya penglibatan kongsi gelap dalam syarikat kawalan keselamatan di negara ini.

Ahmad Zahid berkata, setakat ini seramai 48 syarikat kawalan keselamatan dibatalkan lesen operasi kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan KDN.

"Kita tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana syarikat yang langgar SOP termasuk membatalkan lesen serta merta," katanya.

Jelas Zahid, terdapat dua faktor yang mempengaruhi kegiatan tersebut iaitu ada kemungkinan syarikat berkenaan dibeli ada hubungan kongsi gelap dan disewakan kepada kumpulan itu.

"Bagi menentukan imej baik anggota, seramai 15,000 pegawai anggota keselamatan menghadiri kursus berkenaan, serta kursus wajib kepada ketua syarikat dan lembaga pengarah supaya permasalahan ini tidak timbul," katanya.

Beliau berkata, hanya terdapat 44,144 warga asing termasuk Nepal diizinkan bekerja sebagai pengawal keselamatan.

"Ini bererti 150,000 pengawal keselamatan tempatan mendominasi pekerjaan ini. Kita juga telah hadkan jumlah syarikat ini kepada hanya 800 sahaja," katanya.


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan