RM20 Untuk Lima Kacang Bendi Adalah Kesilapan Juruwang - Original Kayu Nasi Kandar

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 5:01 PM

Burhan menunjukkan resit semasa menjelaskan dakwaan restorannya menjual lima kacang bendi yang dicaj pada harga RM20.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilik Restoran Original Kayu Nasi Kandar menjelaskan, insiden di mana seorang pelanggan membuat aduan berhubung caj RM20 yang dikenakan oleh cawangan restoran itu di Bukit Jambul, Pulau Pinang baru-baru ini untuk lima kacang bendi hanyalah satu kesilapan yang tidak disengajakan oleh kakitangannya.

"Dia hendak taip pada mesin wang 40 sen kali lima kacang bendi tetapi sebaliknya dia masukkan RM4 kali lima kacang bendi. Ia bukan disengajakan. Ia adalah kesilapan yang tidak disengajakan," kata pengarah urusannya, Burhan Mohamed.

Restoran nasi kandar popular itu menjadi perhatian ramai apabila pelanggan berkenaan membuat aduan rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi sehingga pegawai-pegawai penguatkuasaannya membuat pemeriksaan di restoran berkenaan pada Isnin.

Burhan, yang ditemui para pegawai penguatkuasa kementerian berkenaan turut menjelaskan kesilapan yang tidak disengajakan itu kepada mereka.

Dalam aduannya, pelanggan itu mendakwa yang dia telah dikenakan caj RM20 untuk lima biji kacang bendi ketika makan di cawangan restoran berkenaan di Bukit Jambul, Pulau Pinang Sabtu lalu.

Menurut Burhan, pihaknya akan memulangkan semula wang lebihan berkenaan kepada pelanggan tersebut.

Untuk mengelak kesilapan yang sama daripada berulang, Burhan berkata mereka bercadang untuk mencetak peringatan di atas bil yang dikeluarkan kepada pelanggan supaya menyemak bil berkenaan terlebih dahulu sebelum beredar.

Mengenai terdapatnya aduan yang mengatakan restorannya mengenakan caj sehingga RM3.30 untuk sepingan nasi putih, Burhan menjelaskan yang ia adalah untuk hidangan ala carte (RM2.30) termasuk nasi ekstra (RM1).

Mengenai caj sebanyak RM2.50 untuk sekeping roti telur (sebelum GST RM2.35), Burhan menjelaskan, dengan tambahan sebanyak 15 sen itu, pelanggan memperolehi ekstra telur (separuh biji) dan saiz roti telur yang lebih besar berbanding dahulu.

"Kami juga menggunakan tepung berkualiti tinggi,"ujarnya lagi.

Burhan juga menjelaskan, restorannya mengekalkan kualiti kebersihan yang tinggi serta menjaga keselesaan pelanggan dengan cawangan yang berhawa dingin.

Mereka membelanjakan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan untuk membeli cecair pembersih lantai.

“Pelanggan harus mengambil kira, semua kos ini ditanggung oleh pihak restoran. Seorang pelanggan ada kalanya menggunakan lebih dari satu tisu setiap kali mereka makan di restoran kami. Ini semua adalah kos tambahan tapi kami yang tanggung,’’ kata Burhan.

Sementara itu, pegawai penguatkuasa kementerian, Noorhusna Sharuddin berkata, pihaknya sentiasa dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan di restoran-restoran sejak sistem GST diperkenalkan.


 



iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan