Guan Eng Tak Bijak - Suhaizan - Berita Semasa | mStar

Guan Eng Tak Bijak - Suhaizan

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 4:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menyifatkan pimpinan pakatan pembangkang khususnya DAP bersifat hipokrit kerana gagal menguruskan konflik dalaman hingga mencetuskan perbalahan secara terbuka.

Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada Lim Guan Eng bahawa tindakan berterusan Setiausaha Agung DAP itu mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka bakal mengundang tindak balas negatif.

"Terkini Lim Guan Eng menuduh Presiden PAS condong kepada Umno. Tuduhan ini memberi gambaran buruk kepada anak muda Malaysia. Jika konflik ini berteruskan, maka anak muda beranggapan pimpinan Pakatan adalah hipokrit.

"Kenyataan beliau akan mengundang tindak balas daripada semua pihak dalam PAS yang marah dengan tindakan tersebut. Mereka ada hak untuk berasa marah dan menzahirkan kemarahan dengan kenyataan yang seumpama ini. Kemungkin akan ada pihak yang bertindak luar kawalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau mengulas mengenai tuduhan terbaharu Lim terhadap Hadi bahawa Presiden PAS itu kini bersama Umno walaupun tubuhnya dilihat masih bersama Pakatan Rakyat.

Tuduhan itu susulan tindakan Hadi yang gagal menyertai kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Mengulas lanjut Suhaizan yang akan mempertahankan kedudukannya pada pemilihan PAS Jun ini turut mengecam tindakan Lim kerana membuat tuduhan secara tidak bijak.

"Kami adalah pendokong Presiden PAS. Walau Presiden tidak maksum, tapi kami tidak dapat menerima tuduhan-tuduhan liar Setiausaha DAP kepada batang tubuh Presiden kami.

"Jika pun ada kelemahan pada Presiden PAS, adalah tidak bijaksana menuduh Presiden kami condong kepada musuh Pakatan iaitu Umno," katanya.

Tags / Kata Kunci: Suhaizan Kayat , Lim Guan Eng , Abdul Hadi Awang , PAS , DAP
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan