Menteri Tidak Faham Isu 1MDB Boleh Letak Jawatan - BNBBC

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 9:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad menggesa menteri kabinet yang masih tidak memahami isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun keputusan telah dicapai supaya meletak jawatan.

"Pilihankan ada, tiada siapa pun paksa jadi menteri, itu tak jadi masalah. Kalau ada menteri yang kata tak faham tapi keputusan telah dibuat, boleh keluar lah (kabinet)," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada Isnin yang menyatakan keseluruhan kabinet perlu dipertanggungjawabkan atas masalah dihadapi 1MDB dan bukannya dibebankan kepada perdana menteri sahaja.

Shahril berkata menteri yang masih enggan memahami isu tersebut disifatkan sebagai melanggar keputusan yang telahpun dicapai sebulat suara.

"Prinsip kabinet, prinsip tanggungjawab bersama dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan tanggungjawab bersama," katanya.

Beliau berkata Kabinet sentiasa memberi ruang kepada mana-mana menteri untuk bertanya dan berbincang sekiranya masih belum jelas mengenai sesuatu isu.

"Boleh tanya sampai puas hati, boleh pergi lagi sekali jumpa perdana menteri kalau tak faham, tanya lagi menteri kewangan, cuma asasnya adalah tanggungjawab bersama dalam seluruh ahli Kabinet," katanya.

Ketika ditanya mengenai kesahihah dakwaan Tengku Razaleigh itu, beliau hanya menganggap ia sebagai dakwaan (Ku Li) semata-mata.

"Itu dakwaan dia, kalau ada menteri yang betul-betul tak faham tak tahulah, tapi perbincangan pernah berlaku. Sebab itu ada keputusan supaya  dirujuk perkara ini kepada penyiasatan PAC.

"Kalau ada keputusan ahli Kabinet kata dia tak faham, apa yang tak fahamnya? Jadi pada saya ini hanya dakwaan sahaja," katanya.

Tags / Kata Kunci: BNBBC

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan