Aktivis Pelajar Hong Kong Dilarang Masuk Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 1:54 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktivis pelajar Hong Kong, Joshua Wong dilarang daripada memasuki Malaysia di Lapangan Terbang Pulau Pinang pada Selasa.

Pemimpin pelajar berusia 18 tahun itu dikatakan sepatutnya dijadualkan bercakap pada forum di Pulau Pinang, Ipoh, Johor dan Petaling Jaya pada 3 Jun, malam ulang tahun ke-26 bagi memperingati insiden pembunuhan di Medan Tinanmen.

"Malaysia... jelaskan mengapa dia perlu balik ke Hong Kong? Takut lebih banyak penunjuk perasaan jalanan," kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah di Twitternya.

"Kerajaan kita perlu matang, jangan berfikiran cetek. Joshua Wong merupakan aktivis pro demokrasi. Adakah satu jenayah menghalang dia memasuki Malaysia," soal peguam Eric Paulsen di Twitter.

"Joshua Wong, 18, terlalu bahaya untuk menjejakkan kai di Malaysia? Pelik dan memalukan," kata peguam hak asasi manusia, Michelle Yesudas di Twitter.

Wong menjadi wajah pergerakan pelajar bagi pro demokrasi di Hong Kong, mengetuai kumpulan pelajar dalam bantahan besar-besaran pada 2014.

Dia kemudiannya didakwa pada November tahun lalu kerana menghalang pihak berkuasa untuk meleraikan salah satu daripada tiga kawasan penunjuk perasaan di Hong Kong.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan