ADBM, AIIB Bukan Pesaing - Najib - Berita Semasa | mStar

ADBM, AIIB Bukan Pesaing - Najib

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 7:46 PM

(Ubah saiz teks)

SENDAI (Jepun): Malaysia tidak menganggap Bank Pembangunan Asia (ADB) yang diterajui Jepun serta Amerika Syarikat dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang dicadangkan China sebagai pesaing, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata ADB dan AIIB boleh saling melengkapi antara satu sama lain, terutama untuk faedah negara-negara ASEAN.

"Kami tidak melihatnya sebagai satu pertandingan .... kami boleh mendapatkan sumber dana daripada kedua-duanya untuk pembangunan infrastruktur kami," kata beliau pada sesi dialog dengan pelajar Universiti Tohoku di sini.

Pelajar dari China sebelum itu telah mengemukakan soalan kepada perdana Menteri sama ada Malaysia melihat ADB dan AIIB sebagai satu bentuk persaing anantara Jepun dan China.

ADB telah dimulakan pada 1966 untuk membantu negara-negara membangun di Asia, manakala China mengumumkan pada 2013, rancangan untuk menubuhkan AIIB,yang kini mempunyai 57 anggota dan modal berbayar sebanyak US$50 bilion (US$1 =RM3.62). 

Najib berkata dana penyumberan dari kedua-dua badan-badan itu memberi manfaat kepada rantau ini, sambil menambah bahawa sejumlah besar wang diperlukan untuk infrastruktur dan pembangunan.

"Ini boleh membantu kita merapatkan jurang pembangunan di Asia Tenggara. Lebih banyak dana, lebih baik bagi rantau ini," kata beliau.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia mengalu-alukan usaha Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang menyediakan US$110 bilion dalam bantuan bagi projek-projek infrastruktur Asia.

"Dana ini akan digunakan untuk membina infrastruktur berkualiti. Ia boleh menjadi pendorong untuk pembangunan di rantau ini," katanya.

Kerajaan Jepun telah menyatakan yang mereka mahu menggunakan dana berkenaan bagi bantuan 'berkualiti tinggi', termasuk memanfaatkan kepakarannya dalam mengurangkan pencemaran semasa membina jalan raya dan landasan kereta api.

Tags / Kata Kunci: ADB , AIIB , Najib Tun Razak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan