Individu, Syarikat Boleh Minta Pelepasan Separa Akaun Dibekukan SPRM

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 9:00 AM

Mohd Shukri Abdull.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Syarikat mahupun individu boleh mendapatkan pelepasan sebahagian pengeluaran daripada akaun bank mereka yang dibekukan semasa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pelepasan seperti itu adalah mustahil sekiranya mereka yang terlibat terpaksa membayar perbelanjaan operasi seperti gaji kakitangan mereka.

Jelas beliau, SPRM bersedia untuk mempertimbangkan permintaan tersebut jika terdapat justifikasi mencukupi untuk penggunaan akaun berkenaan.

Mohd Shukri yang dipetik dari sebuah akhbar tempatan di sini sebagai berkata, mereka yang meminta pelepasan separa terhadap akaun yang dibekukan boleh datang ke pejabat SPRM di sini, Sarawak atau Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Katanya, pegawai SPRM di Sabah dan Sarawak sudah bertemu wakil persatuan, perdagangan dan industri di kedua-dua negeri itu untuk menjelaskan mengenai rasional pembekuan akaun.

Kira-kira 1,623 akaun bank bernilai RM560 juta milik individu dan syarikat dibekukan semasa Operasi Bersepadu (Ops BS) di Sabah yang bermula pada 15 Mei lalu.

Daripada akaun bank tersebut, 69 dikaitkan dengan pegawai kanan Jabatan Kastam Sabah.

Dua dalang aktiviti penyeludupan yang beroperasi di Sipitang dan Keningau masih di tahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan dalam kes penipuan subsidi diesel dan penyeludupan rokok serta alkohol ke dalam negeri itu.
Tags / Kata Kunci: SPRM , akaun bank , dibekukan , Ops BS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan