Notis Kedua RUU Persendirian Hudud Belum Terima Maklum Balas Dewan Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 7:24 PM

Khalid Samad.

Khalid Samad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS masih belum menerima maklum balas daripada Dewan Rakyat berhubung notis kedua bagi pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian dikemukakan anggota Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Anggota Jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad berkata Abdul Hadi selaku presiden parti telah mengemukakan notis kedua itu sebelum sesi persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13 bermula Isnin lepas.

"Setakat ini, kami belum menerima respons daripada (Yang Dipertua Dewan Rakyat) Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung sama ada Rang Undang-Undang itu dibenar untuk dibentang dan dibahas," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Abdul Hadi pada 19 Mac lepas telah mengemukakan notis di Dewan Rakyat bagi membawakan Rang Undang-undang Persendirian untuk meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965) yang akan membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac lepas.
Tags / Kata Kunci: RUU hudud , Khalid Samad

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan