Kubur Beramai-ramai: PM Janji Kesan Dalang - Berita Semasa | mStar

Kubur Beramai-ramai: PM Janji Kesan Dalang

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 7:30 AM

Najib
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau memandang berat terhadap penemuan kubur besar yang terletak di kawasan Malaysia dekat sempadan Thailand yang dikaitkan dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

"Kami akan menjejaki mereka yang bertanggungjawab," kata beliau menerusi catatan dalam laman Twitter.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad mengesahkan mengenai penemuan kubur-kubur besar berdekatan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian di Padang Besar, Perlis.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan