Jangan Tangkap Pekerja Asing Ada AP - Imigresen

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 2:00 PM

Zahari menunjukkan contoh akuan penerimaan sementara menunggu pelekat PLKS dikeluarkan kepada majikan untuk pekerja asing.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua agensi penguatkuasaan diminta supaya tidak menahan mana-mana warga asing yang mempunyai surat akuan penerimaan (AP) sebagai dokumen sementara sehingga selesai proses memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), tegas Jabatan Imigresen.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen, Zahari Abdul Aziz berkata, kerjasama agensi penguatkuasaan perlu kerana pihaknya menerima aduan mengenai pekerja asing dengan AP ditahan dalam operasi pihak berkuasa seperti polis.

Menurutnya, AP tersebut adalah bukti pekerja asing telah membuat permohonan untuk memperbaharui permit bekerja yang telah tamat tempoh. 

“Mereka ditahan kerana permit kerja tamat tempoh tetapi mempunyai AP sebagai bukti telah memperbaharui pas itu.

“Oleh itu, kita minta semua agensi penguatkuasa terutama polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menangkap pekerja asing yang mengemukakan AP,” katanya kepada mStar Online.

mStar Online pada Isnin melaporkan rungutan majikan termasuk persatuan majikan dan kedutaan asing mengenai pekerja asing yang sedang menunggu proses permit mereka diperbaharui ditahan pihak berkuasa.

Ditanya mengenai cadangan pihak majikan supaya Jabatan Imigresen mengadakan koordinasi mengenai isu AP, Zahari berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan lain dan MyEG sebagai penyedia perkhidmatan.

Mengikut rekod Jabatan Imigresen, seramai 376 pekerja asing di Semenanjung ditahan polis sejak Februari lalu ketika mereka masih dalam tempoh menunggu pelekat baharu bagi PLKS yang telah diperbaharui secara dalam talian.

Jumlah penahanan pekerja asing itu diperoleh selepas sebanyak 281 majikan membuat aduan kepada pihak imigresen.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kewarganegaraan 376 pekerja asing yang ditahan walaupun memiliki AP.

Kesemua mereka merupakan pekerja asing di enam sektor yang dibenarkan iaitu pembuatan, pertanian, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pembantu rumah.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Bahagian Pekerja Asing, Farah Adura Hamidi berkata, AP diberikan kepada permohonan memperbaharui PLKS membabitkan kes tertentu yang dibuat majikan secara dalam talian.

Beliau juga mengingatkan majikan bahawa pembaharuan PLKS perlu dibuat lebih awal, bukannya 24 jam sebelum tamat tempoh sebagaimana yang dilakukan kebanyakan majikan.

“Kira-kira 30 peratus permohonan memperbaharui PLKS secara dalam talian dibuat pada saat akhir,” kata Farah Adura.

Ini kerana katanya, hal berkaitan pemeriksaan oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) mengambil masa dan masalah pekerja asing yang tinggal lebih masa perlu diselesaikan sebelum membuat permohonan.

Malah katanya, ia juga kerana pasport pekerja asing yang tamat tempoh di mana proses memperbaharuinya mengambil masa bagi segelintir negara sumber.

“Walaupun perkhidmatan memperbaharui PLKS secara dalam talian memudahkan tetapi masih terdapat segelintir majikan yang membuat permohonan pada saat akhir. 

“Sehubungan itu, majikan dinasihatkan memperbaharui PLKS buat pekerja asing mereka lebih awal bagi melancarkan proses permohonan,” kata Farah Adura.

Tags / Kata Kunci: PLKS , MyEG , Jabatan Imigresen , akuan penerimaan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan