PAS Beri Amaran Berlakunya Perpecahan Dalam Pakatan Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 5:46 PM

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: PAS secara terbuka memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya perpecahan dalam Pakatan Rakyat, menyalahkan serangan tidak henti-henti oleh DAP terhadap parti dan pemimpinnya, kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata PAS tidak boleh lagi 'berdiam diri' selepas rentetan serangan terhadap Datuk Seri Hadi Awang dan permusuhan yang tercetus yang telah membenarkan Umno mengambil kesempatan daripada keadaan itu.

"Saya telah membuat teguran dan ingatan beberapa kali terhadap sikap pimpinan DAP sebelum ini.

"Semua pihak melihat Pakatan Rakyat salah satu wadah terbaik bagi menumbangkan BN. Namun, wadah ini perlu memperkasakan ketiga-tiga rakan tahaluf dan bukannya melemahkan mana-mana parti yang menjadi rakan tahaluf," kata Tuan Ibrahim di Facebooknya, Ahad.

Pada hari Ahad, penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, dua minggu akan datang akan menyaksikan berkahirnya gabungan itu.

Guan Eng berkata kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno kini boleh berjaya selepas ia dihalang oleh Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Tuan Ibrahim, pesaing yang paling popular untuk jawatan timbalan dalam pilihan raya parti bulan depan memberi amaran bahawa serangan pedas terhadap Hadi dan parti itu telah menolak PAS keluar dari gabungan itu.

"Isu serangan bertali arus DAP terhadap PAS amat meluatkan akar umbi PAS. Perkara ini dijangka membawa kesan pada muktamar PAS ke 61 yang bakal menjelang. Maruah PAS sebagai parti berwibawa perlu dibela.

"Jika benar DAP sayangkan Pakatan Rakyat, hentilah menyerang PAS. Lupakanlah dan jauhilah sifat bermusuh, hormatilah perbezaan dan berusahalah untuk mendiamkan diri jika tiada apa yang baik untuk disebut mengenai rakan tahaluf.

"Jika tidak, jangan salahkan PAS seandainya tahaluf dengan DAP ini terungkai kerana ahli PAS akan tetap pertahankan prinsip perjuangan parti lebih-lebih lagi selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz," katanya.

Beliau berkata Allahyarham Nik Aziz amat sayangkan PR tetapi tidak akan sesekali menggadaikan prinsip parti demi memenuhi tuntutan rakan tahaluf yang mengharapkan PAS melupakan cita-cita Islamnya.

"Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa tuduhan PAS akan bergabung dengan Umno hanyalah fitnah. Majlis Syura PAS telah menegaskan perkara ini baru-baru ini.

"Soalan saya masih sama, berapakah kerusikah yang Umno sanggup beri ke PAS sekiranya betul gabungan politik ini berlaku? 40? Hujah ini sahaja sudah cukup untuk mematahkan fitnah ini daripada berterusan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan