Pantai UN Labuan Antara Terbaik Di Asia

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 9:25 PM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Perbadanan Labuan (LC) akan meningkatkan usaha pengindahan pantai berikutan Pantai United Nation Labuan menerima pengiktirafan antarabangsa yang menyenaraikannya sebagai antara 101 pantai terbaik di Asia.

Berikutan penyenaraian dalam 101 Best Beach.Com, Pantai United Nation Labuan juga disenaraikan sebagai antara 15 pantai terbaik di Malaysia.

Pantai lain yang disenaraikan ialah pantai Pulau Sibuan, Pulau Mabul, Pulau Mantanani dan Tanjung Aru di Sabah, Pulau Pangkor, Pantai Damai, Telok Pandan, Batu Feringghi, Pasir Tengkorak, Coral Bay, Pantai Pasir Panjang, Pantai Juara, Pantai Desaru dan Teluk Kemang.

Penyenaraian itu dibuat melalui penilaian oleh aktivis pemuliharaan alam sekitar Australia Brad Farmer pada Oktober tahun lepas untuk memasukkan pantai-pantai paling indah dalam buku terbaharunya, "101 Best Beaches.Com Asia."

Atas nasihat Tourism Malaysia, 15 pantai dari 10 negeri telah dipilih untuk dilawati dan dibuat penilaian selama dua minggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Datuk Mohd Nadzri Osman berkata penyenaraian antara pantai terbaik di Asia itu menjadi motivasi untuk pihaknya memajukankan sektor pelancongan.

"Kita harus berterima kasih dengan pengiktirafan antarabangsa ini dan kami akan mempergiatkan usaha atau program pengindahan bagi menarik lebih ramai pelancong," katanya.

Beliau juga berkata Perbadanan Labuan dengan kerjasama pihak berkuasa pelancongan Malaysia dan penggiat industri telah merangka strategi untuk memperkenalkan produk dan pakej pelancongan baharu untuk menarik satu juta pelawat ke pulau itu yang disifatkan sebagai Pakej Percutian Terbaik Labuan 2015".

"Sektor pelancongan terus menjadi aktiviti ekonomi penting yang memanfaatkan pelbagai bidang perniagaan.

"Kami berharap bilangan pengunjung ke pulau ini akan meningkat daripada satu juta pada 2012 kepada peningkatan signifikan melalui pelbagai program yang diperkenalkan dan pantai yang diiktiraf antarabangsa," katanya.

"Pelancongan adalah cara untuk meningkatkan imej dan identiti, oleh itu, perlu ada usaha bersepadu untuk mempelbagaikan pakej pelancongan dan program pembangunan pengindahan di tempat-tempat menarik di pulau ini.

"Tumpuan kepada pelancongan juga membolehkan kami untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelancong," katanya.

Beliau berkata kekurangan pakej pelancongan ialah antara faktor yang membataskan pertumbuhan sektor ini dan oleh itu, kerjasama erat dengan penggiat industri pelancongan adalah penting.

Katanya, Labuan Corporation memberi kelonggaran untuk penubuhan hotel bajet atau hotel sederhana mewah dalam usaha untuk menarik pelancong domestik dan pelancong asing.

Tags / Kata Kunci: Pantai UN Labuan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan