Masyarakat Orang Asli Perlu Berubah, Jangan Manjakan Anak Tak Minat Sekolah

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 3:19 PM

Program Santai Muhibbah di Kampung Orang Asli Tekir meriah dengan pembabitan penduduk kampung berkenaan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Masyarakat Orang Asli diingatkan supaya bertegas, bukannya memanjakan anak mereka yang tidak minat ke sekolah, kata Setiausaha Sulit Kanan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Abdul Karim Mustafa.

Beliau berkata, jika tidak berubah dan terus dengan sikap seperti sekarang, tentunya masalah keciciran di kalangan Orang Asli akan terus meningkat.

"Jika tidak ke sekolah dan tidak baiki tahap akademik, sudah tentu Orang Asli tidak dapat mengubah cara pemikiran dan status ekonomi mereka.

"Keadaan ini akan menyebabkan mereka terus berada di takuk lama dan sekali gus menyebabkan pihak luar menganggap mereka 'mudah dibeli'," katanya pada program Santai Muhibah di Kampung Orang Asli Tekir, Batu 10, Labu di Negeri Sembilan, Ahad.

Program sehari itu membabitkan 150 keluarga Orang Asli di kampung yang dihuni kira-kira 600 penduduk.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Kebajikan Orang Asli (Jakoa), Zamri Mustajab dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Orang Asli Tekir, Zainal Uval.

Pertandingan futsal bersama anak muda Orang Asli juga diadakan pada program berkenaan.

Abdul Karim yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Rasah berkata, dasar kerajaan mengenai Orang Asli sentiasa jelas untuk mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan dan masalah keciciran pelajaran.

"Golongan muda Orang Asli misalnya tidak pernah dipinggirkan, sebaliknya kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha menangani masalah keciciran dan merangka peluang untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

"Pendidikan agama, moral dan akhlak juga penting supaya belia lebih terbimbing dan tidak hanyut dengan gejala sosial yang melekakan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat Orang Asli perlu sentiasa didekati, bukannya hanya dicari ketika perlu sahaja kerana mereka juga dahagakan pembangunan.

Mengenai dasar Jakoa berkaitan Orang Asli, katanya, jabatan itu menyasarkan untuk menurunkan kadar kemiskinan daripada 50 peratus pada 2000 kepada 20 peratus tahun ini, selain mengurangkan keciciran daripada sekolah rendah ke menengah daripada 40 peratus kepada 23 peratus menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, katanya, jabatan sama turut merancang untuk meningkatkan bilangan usahawan Orang Asli kepada 550 berbanding 230 sekarang, mencapai bilangan pelajar Orang Asli ke institusi pengajian tinggi seramai 480 setiap tahun dan menghantar masyarakat itu ke luar negara seramai 10 orang setiap tahun.

"Ketika ini, terdapat 40 pelajar Orang Asli di United Kingdom, Australia dan New Zealand yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan