MoU Tingkat Integriti Penggiat Industri Pelancongan

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 4:31 PM

Memorandum ditandatangani oleh Timbalan Presiden IIM, Dr Fadzli dan Timbalan Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia, Mohd Taib Wahab.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tahap integriti yang masih rendah dikalangan penggiat industri pelancongan dilihat mampu memberi imej  buruk dan merosakkan nama negara di mata pelancong dan pelabur asing yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian dan lokasi pelaburan.   

Timbalan Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM), Mohd Taib Wahab berkata, kebanyakan agensi pelancongan dan pengusaha perniagaan berkaitan pelancongan dilihat tidak mementingkan etika yang sepatutnya. 

"Kita lihat banyak masalah integriti dikalangan penggiat industri pelancongan seperti pengusaha hotel, chalet, rumah tumpangan, teksi, bas dan makanan, di mana mereka tidak mengikut etika yang betul dan mengenakan kadar caj berbeza-beza. 

"Begitu juga hotel-hotel yang meletakkan taraf bintang tanpa mengekalkan perkhidmatan yang sepatutnya. Perkara sebegini jika dibiarkan tanpa kawalan, ia secara tidak langsung menjejaskan nama dan imej Malaysia," ujarnya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU) antara NTCM dan Institut Integriti Malaysia di Menara Integriti, IIM, di sini, Isnin. 

Tambahnya, perjanjian persefahaman itu dijangka mampu membangunkan nilai integriti menerusi program-program yang bakal diadakan secara kerjasama.

Sementara itu, Timbalan Presiden IIM, Dr Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, menerusi perjanjian tersebut juga, kedua-dua agensi akan membangunkan kod etika, membina modul kepakaran, promosi dan mengadakan forum-forum bagi memberi kesedaran kepada penggiat industri.

"Kita tidak mahu pelancong datang ke negara ini dan memberi persepsi tidak baik serta tidak gembira sepanjang berada di Malaysia.

"Selalunya pelabur yang ingin melabur akan berkunjung sebagai pelancong terlebih dahulu, namun jika melihat keadaan yang tiada integriti di negara ini pastinya mereka akan berfikir dua kali untuk membuat pelaburan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: IIM , NTCM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan