Najib, Rosmah Menghadap Maharaja, Maharani Jepun

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 11:03 AM

Majib dan Rosmah bakal menghadap Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace, Isnin.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, pada Isnin menghadap Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di Imperial Palace di sini.

Najib dan isteri tiba di Imperial Palace pada 10.15 waktu tempatan  (9.15 waktu Malaysia) dan disambut ketua istiadat Imperial Palace Yoshitaka Akimoto.

Mereka diiringi Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris.

Perdana Menteri dan isteri kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jepun atas undangan rakan sejawatan Shinzo Abe.

Pada sebelah petang, Najib akan menghadiri mesyuarat meja bulat dengan 34 pemimpin industri, di mana beliau dijangka mempelawa ahli perniagaan Jepun untuk terus melabur di Malaysia dan mengambil peluang daripada persekitaran ekonomi negara yang pelbagai dan kondusif untuk mengembangkan perniagaan.

Pada sebelah malam, Najib akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Abe sebelum menghadiri majlis jamuan rasmi di kediaman perdana menteri di Chiyoda-ku.

Sementara itu, Rosmah akan mempunyai program berasingan dan beliau dijangka melawat Institute for Radiological di Chiba.-- Bernama 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan