Monyet Punca 66 Peratus Malaria Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 9:42 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Sebanyak 2,584 daripada 3,923 kes atau 66 peratus penyakit malaria di negara ini pada tahun lepas, dikesan berpunca daripada monyet (zoonotik) dengan membabitkan paling banyak pesakit di Sabah, Sarawak dan Kelantan.

Ketua Sektor Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan Dr Rosenani Mudin berkata 730 kes atau 19 peratus jangkitan malaria berpunca daripada pekerja asing di sektor perladangan.

Berdasarkan statistik, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini hingga Mac lepas, 356 kes atau 67.6 peratus daripada 527 kes malaria dikesan berpunca daripada monyet, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Malaria Sedunia 2015 Peringkat Kebangsaan di Hospital Gua Musang (HGM) di sini, Isnin.

Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof merasmikan majlis itu yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Dr Rosenani menjelaskan wabak malaria itu berlaku apabila nyamuk tiruk yang menggigit monyet mempunyai malaria, dan nyamuk yang sama kemudiannya menggigit manusia.

Beliau berkata secara keseluruhan kes malaria di negara ini menurun secara mendadak berikutan pelbagai usaha dan langkah susulan pihak kementerian itu dengan melakukan pemantauan dan kawalan.

Katanya berdasarkan rekod kes malaria pada 1990-an, lebih 50,000 kes dicatatkan di seluruh negara dan jumlah itu turun mendadak sehingga 3,923 kes pada tahun lepas dan dijangka terus menurun pada tahun ini, dengan kerjasama pelbagai pihak untuk mencegah penularan wabak tersebut.

"Kes kematian akibat malaria juga turun dengan seorang kematian dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatat dua kematian," katanya.

Tags / Kata Kunci: Malaria

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan