Cadang Landasan Keretapi Berkembar Dibuka Kepada Operator Lain

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 10:31 PM

Datuk Abdul Aziz Kaprawi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan bercadang supaya landasan keretapi berkembar dibuka kepada operator lain selain Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam usaha memaksimumkan penggunaan rel itu apabila siap sepenuhnya kelak.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata KTMB dijangka menggunakan hanya 30 peratus daripada operasi rel itu.

"Langkah itu membolehkan hasil lebih besar dijana menerusi persaingan dan bayaran perkhidmatan daripada operator lain," katanya pada Majlis Kesyukuran dan Terima Kasih anjuran Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPKTMB) di sini, Isnin.

Beliau berkata cadangan itu masih di peringkat perbincangan sebelum dikemukakan kepada kerajaan.

Turut hadir Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Presiden KPPKTMB Abdul Razak Md Hassan.

Dalam pada itu, Aziz menyuarakan kelegaan apabila kemelut kesatuan berkesudahan dengan permohonan maaf Presiden KTMB yang baharu Lt Kol (B) Sarbini Tijan dilantik pada 1 Mei lepas kepada kesemua 97 kakitangan yang dibuang kerja.

Kesemua yang dibuang kerja itu diserap kembali ke jawatan masing-masing mulai tarikh sama.

Sementara itu, Abdul Razak berkata akhirnya kemelut yang berlarutan hampir setahun selesai dan yakin pihak majikan bersama kesatuan akan terus berganding bahu pada masa hadapan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan