Pulau Pinang Cadang Guna Kem PLKN Tempatkan Pendatang

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 10:57 AM

Sebahagian daripada pelarian Rohingya yang mendarat di pantai barat Malaysia beberapa hari lepas. Sehingga kini terdapat 45,000 orang Rohingya didaftarkan di Malaysia dengan memegang status UNHCR (Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian) dan masih terdapat 20,000 pelarian Rohingya di sini yang masih belum didaftarkan. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri mencadangkan supaya kem-kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) digunakan sebagai penempatan sementara pelarian Rohingya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, terdapat empat kem PLKN di Pulau Pinang dan kerajaan negeri sedia membantu dalam penyediaan tempat tinggal yang diperlukan.

Menurut beliau terdapat 85 kem PLKN di seluruh negara dan kesemuanya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan.

"Di Pulau Pinang ada dua kem PLKN yang kosong iaitu di Sungai Bakap dan Machang Bubuk.

"Kemudahan ini sesuai dan selamat serta berpagar," kata Phee kepada The Star.

Bagaimanapun menurutnya idea berkenaan hanya dibuat oleh Pulau Pinang.

"Kita hanya boleh memberi idea dan kami sedang menunggu Kerajaan Persekutuan untuk hubungi kami supaya kita boleh bincang mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh Pulau Pinang.

"Tiada siapa yang hubungi kami lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , PLKN

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan