Beruang Madu Mula Kehidupan Baharu

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 11:45 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Usaha pemuliharaan beruang madu yang semakin terancam mula menampakkan hasil apabila anaknya yang ditemui lima tahun lalu telah dilepaskan ke habitat semula jadinya di pantai timur daerah Lahad Datu.

Pembebasan beruang matahari betina bernama Natalie itu adalah yang pertama bagi Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) yang mula beroperasi di Sepilok, Sandakan tujuh tahun lalu.

Pengasas BSBCC dan Ketua Eksekutifnya Wong Siew Te berkata Natalie telah diterbangkan dengan helikopter dari Sepilok dan dibebaskan di Rizab Hidupan Liar Tabin pada 17 Mei.

Beliau berkata pegawai-pegawai hidupan liar akan mengesan pergerakan Natalie di Tabin melalui kolar satelit yang telah dipasang.

Natalie telah dibawa ke pusat itu selepas ia diserahkan kepada pegawai Jabatan Hidupan Liar di Lahad Datu oleh seorang individu.

Ibunya dipercayai telah diburu oleh pemburu haram.

"Sejak itu Natalie telah membesar secara sihat dan matang di bawah jagaan kita," kata Wong, sambil menambah pusat itu telah menyediakan kemudahan untuk membantunya dalam  pergerakan dan pembangunan kemahiran hidup yang penting seperti mencari makanan, memanjat, membuat sarang dan bersosial.

"Natalie membesar di kandang hutan semula jadi di BSBCC dengan pokok-pokok yang tinggi, tumbuhan tebal dan sejumlah besar makanan semula jadi seperti anai-anai, cacing tanah, serangga dan madu dari sarang lebah," katanya.

Beliau berkata pelepasan Natalie di Tabin merupakan usaha bersama BSBCC bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU), serta  Pusat Penyelidikan Danau Girang.

Pengarah Jabatan William Baya memuji BSBCC yang memulakan projek.

"Pembebasan Natalie adalah tanda kejayaan BSBCC dan saya percaya lebih banyak beruang akan dilepaskan ke dalam hutan pada masa akan datang," kata William.
Tags / Kata Kunci: BSBCC , beruang madu , beruang Natalie

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan