Jangan Buang Kami Macam Sampah - Pekerja MAS

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 9:51 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pekerja syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berkata mereka sedang dihukum secara tidak adil di atas kesilapan yang dibuat oleh pihak pengurusan.

Seorang anak kapal senior yang hanya mahu dikenali sebagai Raj, 42, berkata, pekerja yang tidak mempunyai suara dalam pengurusan sepatutnya tidak perlu menanggung beban kegagalan syarikat penerbangan itu.

"Saya telah berkhidmat dengan syarikat selama lebih daripada 18 tahun dan orang-orang seperti saya ingin tahu sama ada sumbangan kami akan dihargai atu tidak.

"Ramai di antara kami yang masih tidak tahu tentang tawaran yang akan diterima dan kami bimbang tentang masa depan kami. Jangan buang kami seperti sampah," katanya.

Raj berkata, semasa mesyuarat Townhall pada Mac lalu, kru kabin diberitahu bahawa mereka akan menerima hanya 0.8 peratus daripada gaji pokok mereka berdasarkan tahun perkhidmatan.

"Ini adalah jauh lebih rendah daripada apa yang telah dipersetujui di bawah Perjanjian Kolektif (CA) iaitu sekurang-kurangnya satu bulan setengah gaji pokok bulanan mereka," katanya.

Bapa kepada dua anak dari Ampang itu berkata disebabkan usianya, adalah sukar baginya untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat penerbangan lain.

"Syarikat penerbangan yang lain lebih suka mengambil orang muda.

"Kami mempunyai banyak komitmen dan syarikat perlu untuk menawarkan tawaran yang terbaik untuk kami semua," katanya.

Sementara itu seorang juruterbang yang mahu dikenali hanya sebagai Karim, 35, berkata wujud kebimbangan berikutan pihak pengurusan tidak memberi maklumat lanjut berhubung proses penstrukturan semula itu.

"Ia juga tidak adil untuk kami menjawab surat syarikat dalam tempoh satu atau dua minggu sahaja," katanya.

Tags / Kata Kunci: MAS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan