Guan Eng Yakin Selangor Tidak Tumbang Walau Pakatan Berpecah

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 7:39 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perselisihan yang semakin ketara antara DAP dan PAS tidak akan menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat yang memimpin Selangor.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui bahawa terdapat kemungkinan berlakunya perpecahan Pakatan dalam tempoh beberapa minggu akan datang, tetapi ia tidak semestinya bermakna kejatuhan kerajaan negeri Selangor.

"Di Selangor, separuh daripada wakil rakyat menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan jadi, jika Pakatan berpecah, tidak perlu untuk kerajaan negeri dibubarkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Isnin.

Tetapi beliau berkata jika Pakatan tidak berpecah, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menyatakan pendirian.

Ketika ditanya sama ada kemungkinan berlakunya perpecahan dalam tempoh dua minggu akan datang seperti yang dicadangkan oleh penasihat DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ia adalah sesuatu yang mungkin, tetapi mungkin mengambil masa 'yang lebih sedikit'.

Pada masa ini, Pakatan mempunyai sejumlah 43 kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor dengan Barisan Nasional mempunyai 12 kerusi.

DAP mempunyai 15 kerusi negeri, PKR mempunyai 13, manakala PAS mempunyai 14 kerusi.

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menjadiwakil rakyat Bebas selepas pemecatannya Ogos lepas.

Adun PAS Hulu Klang Saari Sungib dan wakil Morib Hasnul Baharuddin digantung selama setahun kerana menyokong Dr Wan Azizah semasa krisis menteri besar Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli jawatankuasa PAS pusat PAS Khalid Samad melahirkan keyakinan bahawa Pakatan tidak akan berpecah.

Beliau berkata keretakan semasa mungkin berlaku kerana "sikap" beberapa pemimpin PAS untuk pemilihan parti yang akan datang pada Jun.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan