CEO 1MDB Sahkan Akan Hadir Prosiding Pada 'Tarikh Yang Akan Dimuktamadkan'

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 11:11 PM

Arul Kanda Kandasamy

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pengurusan tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak dapat menghadiri prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) pada Selasa kerana terikat dengan komitmen perniagaan, berkata akan tampil pada tarikh yang akan dimuktamadkan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dalam satu kenyataan pada Isnin berkata beliau dan mantan CEO, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi tidak sabar untuk bertemu dengan PAC dan menjelaskan kedudukan 1MDB.

Beliau berkata tarikh pertemuan itu "sedang dimuktamadkan" seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed  bahawa kedua-dua mereka tidak dapat hadir bagi memberi keterangan kepada jawatankuasa atas alasan berada di luar negara.

Nur Jazlan berkata kepada pemberita pada Isnin bahawa PAC telah diberitahu oleh Kementerian Kewangan yang Arul dan Shahrol tidak dapat menghadiri sesi pada Selasa kerana mereka tiada di sini dan sedang menghadiri urusan rasmi.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , prosiding 1MDB , PAC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan