Bendi RM20: KPDNKK P.Pinang Keluar Notis Minta Penjelasan

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 8:54 PM

Pekerja restoran Nasi Kandar Kayu di Bukit Jambul menunjukkan sepinggan bendi kepada anggota Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang yang membuat pemeriksaan di restoran itu. Pemilik restoran itu diarah memberi penjelasan berhubung dakwaan pelanggan yang membayar RM20 untuk empat biji bendi di restorannya. 
-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul di sini diberi notis untuk penjelasan berhubung isu lima biji bendi yang didakwa dijual dengan harga RM20.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang Chin Ching Chung berkata notis itu dikeluarkan semasa pemeriksaan di restoran berkenaan pada pukul 11 pagi ini.

"Pemeriksaan itu dijalankan selepas perkara berkenaan menjadi viral di laman sosial. Notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memberi peluang kepada peniaga untuk mengemukakan penjelasan dalam tempoh tiga hari sebelum tindakan penguatkuasaan diambil," katanya.

Dimaklumkan ia adalah kesilapan teknikal dan jika benar pihak restoran perlu buktikan, katanya ketika dihubungi, Isnin.

Sementara itu, jurucakap restoran itu menjelaskan sebiji bendi sebenarnya dijual pada harga 40 sen dan menyifatkan isu itu sebagai 'salah faham' kerana berlaku kesilapan teknikal di pihak juruwang.

Beliau berkata pihaknya telah meminta pelanggan berkenaan tampil membuat tuntutan bayaran balik menerusi laman Facebook namun belum menerima sebarang maklum balas setakat ini.
Tags / Kata Kunci: bendi RM20 , KPDNKK P.Pinang

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan