Pembawaan Penyakit Kusta Di Kalangan Pendatang Asing Membimbangkan

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 5:23 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Pembawaan penyakit kusta dalam kalangan pendatang asing memberikan kebimbangan terhadap wabak penyakit berkenaan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata penyakit kusta dalam kalangan pendatang asing mula dikenal pasti pihak kementerian sejak tiga tahun lepas.

"Ia merupakan masalah kepada kita.

Walaupun bilangannya tidak banyak, ia amat membimbangkan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program  'I Want Sihat' di Masjid Kampung Perlis di sini Ahad.

Program itu sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2015 peringkat negeri yang bertemakan 'akanan Selamat - Dari Ladang ke Pinggan'.

Beliau berkata selain kusta, penyakit tibi dan HIV merupakan antara penyakit yang begitu serius dibawa oleh pendatang asing.

Dr Hilmi berkata tiada penyakit kusta dialami dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Mengenai program itu, beliau berkata aspek keselamatan makanan perlu diberi perhatian kerana makanan yang tidak selamat boleh menyumbang kepada kematian.

"Pelbagai punca pencemaran perlu dikawal di sepanjang rantaian bekalan makanan yang bermula dari pengeluaran bahan mentah hingga peringkat penghidangan," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan