1MDB: Tun M Dakwa "Najib Bohong Dua Kali"

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan dua pembohongan berhubung baki pelaburan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disimpan di BSI Bank Limited Singapore (BSI).

Menerusi posting terbaharu di blog chedet.cc, bekas Perdana Menteri itu juga mendakwa Najib mungkin melakukan jenayah apabila cuba menyembunyikan fakta sebenar mengenai baki pelaburan 1MDB yang dipindahkan dari Kepulauan Cayman.

"Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak daripada kenyataan bahawa Perdana Menteri berbohong. Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan telah dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis oleh Perdana Menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

"Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik. Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura," katanya pada Ahad.

Kenyataan Dr Mahathir itu dilihat sebagai reaksi kepada beberapa kekeliruan terhadap baki pelaburan 1MDB apabila Najib pada pada 10 Mac lalu memberitahu Dewan Rakyat bahawa sejumlah AS$1.1 bilion (RM4.022) bilion dalam bentuk wang tunai ditebus sepenuhnya dan disimpan di BSI.

Namun pada 20 Mei lalu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menjelaskan menerusi jawapan bertulis di Parlimen bahawa baki pelaburan yang dipindahkan itu bukannya wang tunai sebaliknya dalam bentuk aset dalam mata wang dolar Amerika.

Lebih menimbulkan kekeliruan apabila Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Khamis berkata, baki simpanan 1MDB di BSI ialah dalam bentuk 'unit' namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Tambah Dr Mahathir, beliau yakin Bank Negara Malaysia (BNM) sudah menerima laporan berhubung dokumen palsu daripada Monetary Authority of Singapore (MAS) iaitu pihak penguasa kewangan republik itu.

Katanya lagi, "ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan" apabila Najib memberitahu Parlimen bahawa kerajaan tidak boleh mendedahkan maklumat mengenainya kerana tertakluk kepada protokol kerahsiaan antarabangsa di bawah seksyen 10 AMLA (Akta Pengubahan Wang Haram).

"Perkara yang amat serius sedang berlaku. Wang syarikat milik kerajaan yang dihutang dengan jaminan kerajaan sebanyak RM7 billion sudah tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan negara berkenaannya.

"Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dr Mahathir Mohamad , Najib Tun Razak , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan