Kementerian Kesihaatan Sedia Saring Pelarian Rohingya

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 9:39 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Kesihatan bersedia untuk menjalankan ujian saringan terhadap pelarian Rohingya sekiranya mereka dibawa masuk ke negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, amalan itu merupakan prosedur biasa yang diamalkan ke atas  warga asing bagi memastikan mereka bebas daripada penyakit.

"Warga asing yang berada di negara ini perlu dipastikan bebas dari sebarang penyakit seperti cirit-birit, tibi dan kencing tikus," katanya kepada pemberita pada majlis makan malam Persatuan Farmasi Malaysia dekat sini Sabtu malam.

Sementara itu Dr Hilmi berkata kini terdapat 12,800 ahli farmasi yang berdaftar di negara ini dengan 60 peratus daripada mereka berkhidmat dalam sektor awam.

Katanya, nisbah antara ahli farmasi dengan penduduk kini ialah 1:2,541 orang dan berharap ia dapat dikurangkan menjelang tahun depan kepada nisbah 1:2,000 orang.

Beliau juga berkata khidmat penghantaran ubat melalui kiriman pos dan kaunter pandu lalu didapati berkesan dalam mengurangkan masa menunggu pesakit mengambil ubat selain memudahkan perjalanan mereka untuk mendapatkan ubat. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan