Golongan Muda Raih Manfaat Daripada Projek Mega Di Malaysia - PM

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 8:50 PM

Najib (dua, kiri) berkesempatan melayan sebahagian rakyat Malaysia yang ingin bergambar dengan beliau ketika menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Perdana Menteri sempena lawatan rasmi beliau ke Jepun selama tiga hari bermula Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Projek mega seperti Transit Aliran Massa (MRT) telah mencipta beribu-ribu peluang pekerjaan kepada jurutera muda di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata MRT bukan sahaja bakal mentransformasi pengangkutan awam di Lembah Klang tetapi turut mewujudkan 2,800 peluang pekerjaan untuk jurutera muda.

Malah, projek kereta api berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura juga bakal mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan untuk jurutera muda dan berkelayakan, kata beliau.

"Inilah antara tanggungjawab kerajaan...mencipta peluang pekerjaan, melatih tenaga kerja dan membawa pulang bakat-bakat yang bekerja di luar negara," katanya ketika berucap pada majlis makan malam Bersama Rakyat Malaysia bersempena lawatan rasmi tiga hari beliau di Jepun bermula Ahad.

Najib berharap diaspora Malaysia di Jepun akan menyahut cabaran kerajaan untuk membangunkan bakat mereka di sini dan pulang ke tanah air untuk merebut peluang pekerjaan yang diwujudkan kerajaan.

"Saya mahu anda semua buktikan, sebaik berada di Jepun, bahawa anda semua setara dengan penduduk Jepun. Pelajarilah teknologi baharu," kata beliau.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Duta Malaysia di Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri idris Jala dan kira-kira 260 rakyat Malaysia di Jepun.


Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Tokyo , jurutera muda

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan