Masyarakat Perlu Ambil Tahu, Fahami Perancangan Kerajaan

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 5:13 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Masyarakat perlu tahu dan memahami bahawa perancangan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) adalah berpaksikan kesejahteraan rakyat di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata, masyarakat berperanan besar menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan RMK11 itu seterusnya mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Susulan itu, menurutnya, dalam usaha memastikan negara terus maju dengan menikmati kemewahan dan mengekalkan kedaulatan negara maka masyarakat perlu mengelak menabur fitnah menerusi perkongsian maklumat siber yang tidak sahih.

"Jangan menabur fitnah kerana itu merupakan satu dosa besar kepada diri kita, jangan kongsikan perkara yang tidak betul sehingga menjejaskan hubungan kaum, menjejaskan perpaduan, semangat kita satu negara yang maju," katanya sewaktu berucap menyempurnakan pertandingan pengisahan kenegaraan 1Malaysia peringkat negeri di sini, Ahad.

Sementara itu, katanya, adalah lebih baik masyarakat terutamanya golongan belia melibatkan diri dengan aktiviti bermanfaat seperti menyertai pertandingan pengisahan kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan Sabah itu.

Menurut Ibrahim, pertandingan sedemikian memberi peluang kepada masyarakat untuk melahirkan pendapat dan pandangan mengenai tokoh-tokoh yang banyak berjasa dan menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran sejarah negara.

"Kita lihat sejarah dalam negara ini bukan dibentuk dalam sekelip mata tetapi sejarah terbentuk dalam satu rangka wadah perjuangan yang panjang dan memerlukan pergorbanan serta komitmen semua.

"Nilai ini yang ingin disampaikan kepada masyarakat agar mereka sedar dan faham tentang perjuangan dan rasa kecintaan kepada negara menerusi pertandingan ini," jelasnya.

Enam kumpulan mewakili setiap bahagian di Sabah menyertai pertandingan itu yang dimenangi Kumpulan Lentera Bayu dari pantai barat selatan Sabah, tempat kedua Tinta Merdeka (pedalaman bawah) manakala Permata Pantai Timur (Tawau) menduduki tempat ketiga.

Lentera Bayu yang diwakili tiga anak muda dan masih belajar di Universiti Malaysia Sabah akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan di Perak pada bulan Ogos.

Menurut Mohd Mujahid Halpi, Risimiran Subramaniyam dan Abdul Manan Perman mereka tidak menyangka garapan idea tentang pengisahan 'Seniman Tiada Ganti' Allahyarham Datuk Sudirman Arshad itu membawa kejayaan meskipun masa latihan hanya sebulan, kerana perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Kata Mujahid, Sudirman antara tokoh seniman negara yang mengangkat dunia hiburan dan memartabatkan Malaysia di mata dunia.

Katanya, Sudirman banyak menyumbang kepada pembangunan industri hiburan tanah air.


Tags / Kata Kunci: RMK11 , Ibrahim Abdul Rahman

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan