1MDB: Kementerian Kewangan Perjelas Jawapan Bertulis Di Dewan Rakyat

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 11:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan pada Ahad menjelaskan bahawa jawapan bertulis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disediakan oleh pegawai kementerian berkenaan.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, ia menjelaskan dokumen mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura itu ditulis dan disemak oleh pegawai Kementerian Kewangan berdasarkan maklumat daripada syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kewangan meminda jawapan asal yang dibuat pada 10 Mac lepas supaya tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen.

"Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara itu," katanya.

Sehubungan itu, ia menyifatkan sebagai tidak wajar dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Najib, yang juga Menteri Kewangan, telah berbohong.

"Lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberi oleh agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh para pegawai.

"Kementerian Kewangan telah pun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang," kata kenyataan itu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan