Wan Azizah Tetap Mahu Bentuk Kabinet Bayangan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 12:06 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP berhubung cadangannya mewujudkan kabinet bayangan pakatan berkenaan.

Beliau berkata ia adalah bagi memberi gambaran jelas kepada ketiga-tiga parti itu bahawa cadangan untuk membuat pemilihan anggota kabinet bayangan yang diumumkannya Isnin lepas adalah idealistik.

"Kita wujudkan kabinet bayangan sebab tiada prasarana dalam Parlimen untuk berbuat demikian dan akan bincang dalam masa terdekat.

"Disebabkan itu juga DAP, PAS dan PKR akan diberi peluang untuk ada jurucakap sendiri bagi portfolio tertentu," katanya kepada pemberita selepas siri dialog Darul Ehsan bertajuk 'PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Malaysia' di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang menyifatkan kewujudan kabinet bayangan oleh Anggota Parlimen Permatang Pauh itu sebagai tidak relevan.

Susulan itu, DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi anggota Parlimen parti berkenaan.

Terdahulu, Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PKR, dalam ucapan aluannya pada sesi dialog tersebut ibarat bersetuju dirinya bukan calon paling layak memegang jawatan Ketua Pembangkang.

"Sepatutnya, Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang pegang jawatan itu (Ketua Pembangkang) kerana DAP memegang majoriti kerusi dalam Parlimen," katanya.

Ketika ditanya sebab beliau dipilih, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu  enggan mengulas lanjut dan sekadar memberi alasan beliau adalah Presiden PKR serta diberi laluan oleh pemimpin pakatan pembangkang lain.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan