SPAD Cadang Jajaran Baharu Landasan Kereta Api Kelantan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 3:36 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA KRAI: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji kemungkinan membina jajaran baharu landasan kereta api di Kelantan yang bebas daripada ancaman banjir.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata ini kerana landasan sedia ada dari Gua Musang hingga Tumpat, rosak teruk akibat banjir yang berlaku Disember tahun lepas.

"Cadangan berkenaan adalah untuk jangka panjang bagi memastikan perkhidmatan kereta api khususnya di Kelantan tidak terjejas sekiranya banjir besar berulang lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Banjir Fasa 3 SPAD di sini, Sabtu.

Syed Hamid berkata pihaknya hanya boleh memberi pandangan dan terpulang kepada Kementerian Pengangkutan yang mungkin sudah mempunyai perancangan untuk menambah baik perkhidmatan kereta api berkenaan.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan menyediakan peruntukan untuk membaik pulih kerosakan landasan kereta api di Kelantan tetapi ia mengambil tempoh masa yang agak lama untuk disiapkan.

Menurut Syed Hamid, sistem perkhidmatan kereta api yang cekap amat diperlukan dan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitarnya.

Beliau berkata sementara menantikan kerja membaik pulih landasan kereta api siap, perkhidmatan bas henti-henti milik Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) digunakan bagi laluan Dabong-Kemubu-Kuala Krai dan Dabong-Kuala Balah-Jeli.

Tambahnya, setakat ini tiga buah bas digunakan setiap hari bagi memudahkan urusan harian penduduk serta pelajar sekolah di kawasan berkenaan yang sebelum ini bergantung kepada perkhidmatan kereta api.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan 12 buah teksi sumbangan Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia kepada mangsa yang kehilangan teksi akibat bencana banjir.

Tags / Kata Kunci: SPAD , Banjir , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan