Zul Aznam Serah Tugas Kepada Ketua Polis Perlis Yang Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 8:03 PM

Ramli Din (tengah) menyaksikan penyerahan 'Tongkat Kuasa' antara Ketua Polis Perlis daripada Zull Aznam Haron (kiri) kepada SAC Shafie Ismail pada Majlis Serah Terima Tugas dan Perbarisan Perpisahan Ketua Polis Perlis IPK Perlis pada sabtu. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Datuk Zul Aznam Haron pada Sabtu secara rasmimenamatkan tugasnya sebagai Ketua Polis Perlis dan menyerahkan tugas itu kepada penggantinya, SAC Shafie Ismail. 

Zul Aznam, yang berkhidmat sejak Julai  2011 sebagai Ketua Polis Perlis,menandatangani surat penyerahan tugas bersama Shafie, yang sebelum ini bertugas sebagai Komandan Maktab Pegawai Rendah Polis di Kuala Kubu Bharu, Selangor, dan Setiausaha Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Ramli Din sebagai saksi KPN.

Pada majlis sama, isteri beliau yang merupakan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Perlis Datin Shamsiah Abdulah menandatangani surat penyerahan jawatan kepada Pengerusi yang baharu, Noorihal Mohamad. 

Zul Aznam turut menyampaikan surat penghargaan kepada Ketua-ketua Polis Daerah Kangar, Padang Besar dan Arau serta beberapa pegawai kanan polis Perlis di samping beberapa anggota biasa PDRM.

"PDRM akan terus dekat di hati saya sekali pun sudah bersara, bahkan saya akan terus bersama-sama pasukan ini sebagai rakan," kata Zul Aznam kepada pemberita selepas majlis penyerahan tugas itu.

Beliau turut menjunjung kasih kepada Raja Perlis, Raja Perempuan Perlis,Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis serta Menteri Besar Perlis yang sentiasa memberi sokongan padu sepanjang beliau berkhidmat di negeri ini.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan