Perbanyak Aktiviti Kekeluargaan Bantu Pemulihan Penagih Dadah - Rohani - Berita Semasa | mStar

Perbanyak Aktiviti Kekeluargaan Bantu Pemulihan Penagih Dadah - Rohani

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 7:04 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Usaha ke arah mengeratkan hubungan antara golongan yang menjalani pemulihan dadah dengan anggota keluarga mereka perlu dipertingkatkan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Menurutnya, ini perlu dilakukan kerana golongan itu turut memerlukan sokongan dan bantuan keluarga untuk menjayakan proses pemulihan masing-masing.

"Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialan penganjuran Hari Keluarga serta sambutan Hari Bapa dan Hari Ibu supaya penghuni pusat-pusat berkenaan dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga masing-masing," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Ibu anjuran Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di sini malam ini yang disertai kira-kira 200 hadirin.

Tags / Kata Kunci: Rohani , Pengasih
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan