Hadi Mahu Kerajaan Perpaduan PAS-Umno - Guan Eng

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 7:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lim Guan Eng berkata rakan politik yang kini menjadi musuhnya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan Umno.

"Saya rasa niat sebenar beliau menyerang kami ialah kerana mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan," kata Setiausaha Agung DAP itu.

Pada Jumaat, Hadi berkata, PAS bersedia untuk menamatkan hubungan dengan DAP kerana parti itu mewujudkan kabinet bayangan tanpa penglibatan parti Islam dan PKR.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata DAP dengan mudah boleh digantikan dengan kumpulan bukan Islam yang lain kerana parti itu bukan satu-satunya yang mewakili kaum-kaum lain.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkejut dengan kenyataan itu berkata, Hadi telah "hilang fikirannya" dan menyerang DAP dengan tuduhan yang tidak berasas.

Katanya, kabinet bayangan yang ditubuhkan oleh DAP adalah satu jawatankuasa yang terdiri daripada ahli-ahlinya di Parlimen yang telah ditugaskan dalam pelbagai portfolio menteri.

"Hadi telah mengambil kesempatan daripada peluang ini untuk menyerang DAP dengan membayangkan bahawa kita sendiri mahu memerintah negara.

"Saya kecewa kerana tuduhan yang tidak berasas dan tidak masuk akal," katanya.

Lim yang turut mengecam PAS berkata, ia tidak mewakili semua kaum dan mencabar untuk buktikan bahawa mereka mempunyai sokongan bukan Islam.

"DAP mewakili semua kaum, tidak seperti mereka. Sila melihat diri anda dalam cermin sebelum menuding jari pada kami," katanya.

Tambahnya, Hadi tidak lagi ikhlas dengan Pakatan Rakyat kerana sikap beliau terhadap rakan-rakannya.

"Beliau tidak pun turun ke Permatang Pauh pada pilihan raya kecil untuk kempen dan menunjukkan sokongan untuk calon PKR.

"Bagaimana dia boleh mengatakan dia masih dalam Pakatan apabila sudah jelas bahawa hatinya tidak lagi dengan kami?" kata Lim.

Pada Selasa, DAP membentuk jawatankuasa kabinet bayangan kerana mereka tidak dapat bekerja dengan Hadi.

Lim berkata kabinet bayangan Pakatan sebelum ini "dikawal" dan kuasa veto Hadi boleh mengatasi keputusan yang dibuat secara kolektif.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan