"Bukan Masa Untuk Minta Saya Letak Jawatan" - PM

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 1:08 PM

Najib memberi ucapan ketika lawatan kerja di RTC di Gopeng, pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

GOPENG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat mengekalkan perpaduan dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

"Ini bukan masa untuk memerangi sesama kita .

"Ini bukan masa untuk meminta orang untuk melepaskan jawatan mereka tetapi masa untuk bersatu kerana cabaran di hadapan," katanya kepada orang ramai yang hadir di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Sabtu.

Beliau turut terharu dengan kehadiran dan sambutan hangat daripada orang ramai, Najib berkata ia sudah cukup sebagai sokongan yang diperlukan.

"Kita semua manusia, itulah sebabnya saya meminta peluang untuk kami meneruskan perjuangan kami dan juga berkhidmat kepada rakyat.

"Saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat. Terdapat banyak lagi agenda kita.

"Jika kita masih bersatu, Allah akan memberikan kita kemenangan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Tags / Kata Kunci: PM , Najib Razak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan