Zahid Arah Siasat Penyebar Video Muhyiddin Hentam 1MDB

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 5:33 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan siasatan dijalankan berhubung penyebaran video Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa supaya lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri itu, Brig Jen Datuk Fadzlette Othman Merican ketika dihubungi The Star Online pada Jumaat.

Awal hari ini beberapa blog Umno melaporkan bahawa Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Biro Latihan Umno mengarahkan siasatan berhubung penyebaran video berkenaan.

Sejak awal pagi Khamis, video ucapan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dalam pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno di Institut Latihan Memperkasakan Umno (ILMU) di Janda Baik pada Sabtu lalu disebarkan di Internet dan dimuat naik di YouTube.

Dalam ucapannya, Muhyiddin meminta Datuk Seri Najib Tun Razak memecat lembaga pengarah 1MDB kerana menyebabkan Perdana Menteri menanggung akibat daripada tindakan mereka.

Timbalan Presiden Umno itu juga meminta pihak polis turut menyiasat syarikat pelaburan strategik itu bagi mengelakkan persepsi negatif sehingga menyebabkan Barisan Nasional tumbang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Muhyiddin dalam sidang medianya pada Khamis menegaskan kenyataannya yang meminta Najib memecat pengurusan syarikat milik Kementerian Kewangan itu hanya pandangan peribadi beliau semata-mata.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , Ahmad Zahid Hamidi , 1MDB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan