Wajib Taska Di Tempat Kerja Dipertimbangkan - PM

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 11:52 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mungkin mewajibkan majikan sektor swasta dan awam menyediakan pusat jagaan kanak-kanak atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di premis masing-masing bagi meningkatkan tenaga kerja wanita.

Perdana Menteri berkata langkah itu akan dipertimbangkan bagi tujuan  mencapai sasaran 59 peratus penglibatan kaum wanita dalam pasaran tenaga kerja di negara ini.

"Banyak wanita berhenti bekerja atas pelbagai sebab dan ini merupakan antara langkah yang dapat diusahakan supaya wanita terpanggil untuk menceburi dunia kerjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pementeraian  Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita (KIW) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, Jumaat.

KIW diwakili oleh penasihatnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil manakala UKM oleh Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, Najib turut mencadangkan agar syarikat senaraian awam di negara ini membuat program pemadanan bagi melantik wanita sebagai ahli lembaga pengarah atau jawatan tinggi pengurusan dalam organisasi masing-masing.

Beliau berkata KIW di bawah Jabatan Perdana Menteri telah melatih 900 calon wanita berpotensi untuk layak menjadi ahli lembaga pengarah syarikat.

Selain itu, kerajaan juga mahu melihat lebih banyak kaum wanita menceburi bidang keusahawanan dan mencapai kejayaan bukan sahaja di peringkat tempatan malah mampu menjadi pemain utama di peringkat serantau dan global, katanya.

Sementara itu Shahrizat berkata MoU itu merupakan inisiatif KIW untuk memacu usahawanita dan wanita profesional ke tahap lebih tinggi.

"Perkongsian bijak ini adalah bagi mengkaji dan mengenal pasti kaedah bersesuaian dalam memperkasa kapasiti pemikran golongan profesional dan keusahawanan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan