Sultan Johor Beli Kepentingan Dalam Hospital Di Australia

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 12:44 PM

Bekas tapak Hospital Sunset di Dalkeith, Perth.

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Sultan Johor mengambil alih sebahagian daripada Hospital Sunset Perth di pinggir bandar Dalkeith membabitkan sejumlah  A$8.5 juta, demikian menurut Associated Press Australia (AAP).

Ketua Menteri Australia Barat Colin Barnett memberi jaminan bahawa urus niaga itu tidak akan menjejaskan tapak warisan di situ.

Barnett berkata keseluruhan kawasan kira-kira seluas 8.5 hektar, namun hanya 1,900 meter persegi atau kira-kira dua peratus daripada keseluruhan tapak, dijual di bahagian bawah bangunan warisan berkenaan.

AAP melaporkan bahawa Barnett memberitahu Parlimen negeri itu pada Rabu bahawa wang hasil penjualan hartanah itu akan digunakan untuk membangunkan semula sebahagian tapak berkenaan.

Selepas kerja-kerja landskap selesai dan bahagian luar bangunan dipulihkan, ia akan ditawarkan untuk pajakan kepada pertubuhan bukan berasaskan keuntungan atau institusi pendidikan.

Barnett berkata beliau menjangkakan kawasan itu akan dibuka kepada orang ramai dalam tempoh dua tahun.

"Pada asasnya ia merupakan sebuah kampung berusia 100 tahun dalam keadaan yang bersih dengan kira-kira sedozen bangunan besar dibina," katanya kepada parlimen.


Tags / Kata Kunci: Sultan Johor , Hospital Sunset Perth

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan