Pecat CEO, Lembaga Pengarah 1MDB Tidak Selesai Masalah - Abdul Rahman Dahlan

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 6:31 PM

Abdul Rahman Dahlan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berpendapat pemecatan ahli lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan membantu mempercepatkan usaha untuk menyelesaikan masalah syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Sebaliknya menurut beliau, langkah berkenaan hanya akan melambatkan dan merugikan proses mencari penyelesaian.

"Walaupun saya bersetuju dengan pendapat Tan Sri Muhyiddin bahawa dengan penyingkiran serta-merta Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli lembaga pengarah dapat meredakan kebimbangan orang ramai mengenai isu ini, namun saya tidak pasti keputusan itu akan membantu mempercepatkan usaha untuk perolehi kebenaran sebenar.

"Lazimnya perkara pertama yang dilakukan apabila CEO dan ahli-ahli lembaga pengarah baharu masuk, mereka akan meminta lebih masa untuk memahami isu-isu di bawah kendalian mereka. Bagaimanakah cara untuk mereka menjawab sebarang soalan jika tidak tahu hujung pangkal sesuatu isu," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penyebaran video ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno di Institut Latihan Memperkasakan Umno (Ilmu) di Janda Baik pada Sabtu lalu.

Dalam ucapannya, Muhyiddin meminta Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memecat lembaga pengarah 1MDB kerana menyebabkan Perdana Menteri menanggung akibat daripada tindakan mereka.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu lagi, CEO dan ahli lembaga pengarah baharu 1MDB memerlukan lebih banyak masa untuk memahami masalah yang dihadapi sebelum memberi kerjasama terhadap sebarang siasatan.

"Mereka mungkin meminta beberapa bulan untuk meneliti semua butiran dan dokumen sebelum memahami apa yang berlaku dan seterusnya memberi keterangan dalam siasatan berterusan yang dikendalikan oleh Ketua Audit Negara dan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara).

"Ini suatu proses yang memakan masa dan bakal dilihat lambat lagi merugikan, walaupun umum tahu orang ramai inginkan jawapan yang cepat bagi isu 1MDB," katanya.

Tambah Ahli Parlimen Kota Belud itu lagi, langkah memecat CEO 1MDB, Arul Kanda juga disifatkan tidak adil berikutan individu berkenaan masih baharu menerajui syarikat tersebut.

"Pada pendapat saya, dengan memecat CEO dan ahli lembaga pengarah 1MDB boleh dijadikan pilihan jika mereka enggan memberi keterangan. Namun secara terbuka, mereka mengatakan akan bekerjasama dan tampil memberi keterangan kepada Ketua Audit Negara dan membantu siasatan PAC.

"Perlu diingatkan, CEO sedia ada hanya dilantik beberapa bulan lalu. Beliau tidak terlibat dalam kontroversi 1MDB yang sering diperkatakan, dan ia terjadi sebelum beliau menyertai 1MDB. Saya tidak tahu bagaimana pemecatannya boleh menyumbang dalam usaha untuk mencari kebenaran," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan