Ketua Audit Negara Diminta Audit KLIA2

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 11:08 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Audit Negara (AG) akan diminta untuk menjalankan audit terhadap projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan menyokong sepenuhnya langkah untuk mengaudit klia2 dalam mesyuarat Kabinet dan perkara itu telah pun mendapat kelulusan Kabinet.

Beliau menjelaskan memandangkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merupakan sebuah entiti tersenarai, kelulusan Kabinet adalah diperlukan bagi penglibatan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit terbabit.

"Pihak AG akan diminta untuk menjalankan audit tersebut dengan segera," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Liow menjelaskan bahawa beliau menyahut cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sejak dari awal lagi supaya Ketua Audit Negara menjalankan siasatan terperinci terhadap pengurusan pembinaan dan pembangunan klia2.

"Saya ingin menekankan bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapatkan jawapan dan perkara sebenar berhubung perkara ini," katanya.

Liow dalam pada itu tidak menafikan terdapat kos tambahan yang terlibat dalam pembangunan klia2.

Walau bagaimanapun, katanya kos tersebut adalah hasil daripada skop dan keperluan dari segi kemudahan dan saiz yang telah dikaji semula dan dipinda berdasarkan keperluan tambahan pihak berkepentingan utama.

Klia2 memulakan operasinya pada 2 Mei tahun lepas, dilaporkan mengalami peningkatan kos daripada RM1.7 bilion kepada RM4 bilion.

Dalam pada itu, Liow berkata adalah menjadi tanggungjawab MAHB sebagai pemilik dan pengurus klia2 untuk bekerjasama sepenuhnya dengan PAC dan memberi keterangan dan informasi yang diminta secara telus.

"Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa MAHB harus mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menjawab segala penemuan PAC dan saya berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin," katanya.

Tags / Kata Kunci: KLIA2 , Ketua Audit Negara , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan