Imigresen Sedia Bantu Pelarian Rohingya

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 7:40 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah bersedia untuk menempatkan pelarian Rohingya di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah sekiranya diarahkan oleh kerajaan, kata Ketua Pengarahnya  Datuk Mustafa Ibrahim.

Beliau berkata bagaimanapun setakat ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang arahan di mana pelarian terbabit akan ditempatkan sama ada di depot tahanan atau pusat penempatan sementara yang lain.

"Sekiranya JIM diarah untuk membantu ...berdasarkan faktor-faktor kemanusiaan, insyaAllah JIM akan membantu dari segi penempatan di depot, dan dari segi dokumentasi.

"JIM akan seiring dengan dasar kerajaan bagi memastikan bantuan kemanusiaan dihulur kepada pelarian Rohingya ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JIM Sarawak 2014 kepada 101 penerima, di sini Jumaat.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JIM (Pengurusan) Abdul Halim Abdul Rahman dan Pengarah JIM Sarawak Datuk Robert Lian.

Mustafa berkata demikian ketika diminta mengulas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam supaya Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menjalankan usaha mencari dan menyelamat bot-bot pendatang Rohingya untuk mengelak kehilangan nyawa.

Pada 20 Mei, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah berkata Malaysia dan Indonesia bersetuju menawarkan tempat perlindungan sementara kepada 7,000 pendatang yang masih terkandas di laut dengan syarat proses penempatan semula dan penghantaran pulang dijalankan dalam tempoh setahun oleh masyarakat antarabangsa.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata sekiranya pelarian Rohingya terbabit diputuskan untuk ditempatkan di pusat penempatan sementara dan bukannya di depot tahanan JIM, pihaknya masih boleh menghulurkan bantuan dengan menempatkan pegawai JIM bagi urusan dokumentasi di pusat berkenaan.

Sementara itu, Mustafa berkata JIM merancang untuk membuka dua lagi pejabat baharu di Betong dan Serian, tambahan kepada 10 pejabat sedia ada di 10 bahagian untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk di kawasan luar bandar di negeri ini.

Menurutnya keputusan itu juga dibuat selepas mendengar masalah yang dihadapi penduduk di kedua-dua bahagian itu yang terpaksa menempuh perjalanan sejauh 200-300 kilometer untuk mendapatkan perkhidmatan imigresen ketika ini.

"Saya berhasrat untuk membuka dua pejabat ini secepat mungkin. Ini juga merupakan satu pembaharuan JIM untuk memberi khidmat kepada rakyat Sarawak khususnya di kawasan pedalaman," katanya.

Tags / Kata Kunci: Rohingya , Pelarian , Imigresen

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan