Sambutan Luar Biasa: Ikon Perlis Harumanis Habis Dijual Tak Sampai Satu Jam

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 4:16 PM

Orang ramai sanggup berbaris panjang seawal jam 9 pagi di lobi bangunan Mara pada hari terakhir jualan Harumanis@KL, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buah mempelam tempatan paling mahal yang kini dipatenkan sebagai hak Negeri Perlis iaitu Harumanis terpaksa dihadkan penjualannya hanya sekilogram setiap seorang ekoran permintaan melebihi penawaran selepas tiga hari berlangsungnya Karnival Harumanis@KL di sini.

Ia dijual mencecah sehingga RM40 sekilogram bergantung kepada gred.

Karnival itu yang bermula Rabu lalu bertempat di bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini tamat pada Jumaat.

Sejak Rabu, seawal jam 9 pagi beratus orang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan buah mempelam ini yang hanya bermusim sekali setahun (antara April-awal Jun) tetapi kecewa kerana selepas sejam ia telah habis dijual.

Suasana yang sama turut dirasai pada Khamis dan juga Jumaat.

Mempelam Harumanis kini merupakan buah tempatan paling mahal setanding dengan durian di negara ini kerana ia hanya boleh didapati bermula hujung April hingga awal Jun dan boleh mencecah sehingga RM40 sekilogram.

Gelagat pembeli ketika menunggu Harumanis yang dibelinya ditimbang di lobi bangunan Mara, Jumaat.

Menurut Pengarah Mara Perlis, Zahari aziz, pihaknya terpaksa mengehadkan penjualan Harumanis kepada sekilogram setiap seorang kerana stok yang ada tidak mencukupi.

"Ini merupakan kali pertama kami menganjurkan karnival Harumanis, jadi kami tidak pernah menjangkakan sama sekali sambutan akan menjadi hangat dan sangat luar biasa sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung.

"Oleh itu, hari ini kami menjual lebih kurang 400 kilogram Harumanis dan terpaksa dihadkan kepada sekilogram untuk setiap pembeli sahaja...ramai yang kecewa tapi apa boleh buat," katanya kepada mStar Online di Ibu Pejabat Mara di sini.

Peminat Harumanis mula beratur seawal 9 pagi walaupun jualan bermula pukul 10.30 pagi.

Menurut Zahari, lebih dua tan mempelam Harumanis dibawa khas dari Perlis untuk karnival ini dan kesemuanya habis dijual setiap hari tidak sampai sejam sehingga ke hari terakhir karnival.

"Sebanyak 1.5 tan mempelam Harumanis dijual pada hari pertama manakala 700 kilogram pada hari kedua.Dalam pada itu, kami tidak mahu mengambil risiko membawa Harumanis dengan kuantiti yang lebih banyak kerana dikhuatiri tidak akan menerima sambutan tetapi nampaknya sangkaan kami meleset," katanya sambil memberitahu pembeli sanggup beratur panjang seawal jam sembilan pagi.

Bercerita lebih lanjut, pihak Mara Perlis katanya tidak bercadang untuk mengadakan acara seperti ini dalam masa terdekat, namun akan diadakan sekiranya mendapat permintaan tinggi dan pada masa akan datang.

"Stok Harumanis adalah terhad, sebab ia hanya tumbuh dan berbuah di negeri Perlis sahaja jadi kami tidak bercadang untuk mengadakan acara seperti ini dalam masa terdekat.

"Tambah lagi, kami akan mempertimbangkan terlebih dahulu walaupun mendapat permintaan tinggi kerana kami juga mengeksport Harumanis ke luar negara," jelasnya.


Tags / Kata Kunci: Harumanis , Perlis , Mara

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan